Macam2 berlaku hari ini.Mula2 rasa sgt2 gembira.Mne taknye jmpe jam tangan warna oren.sgt2 cantik.Dah lame sgt cari jam tu..kat melaka,kat KL dan merata la..tapi xjmpa.Sekarang baru jmpe..Gembira sgt2..Terima kasih Ya ALLAH..
Then, after lunch tibe2 dapat berita kne g travelling ke Betong dgn team leader yang kurang disenangi ramai.Bkn pendapat sendiri, tapi semua memang xnk join team tu sebab leader team tu..So, bkn hanya pendapat sy jer..
Kegembiraan bertukar jadi kesedihan.Sgt2 sedih sebab dapat berita mengejut ni.Petang jumaat dapat berita ni, pagi ahad dah kne gi..Sedihnyer...
Shafiqah datang pulak tu dgn famili.Ingtkan nk anta kt airport ari ahad ni tapi xdapt la cz kne g Betong.Sedihnyer....
Mungkin sebab hati ni terlalu gembira tadi, Allah uji dengan sedikit kesedihan..
Ya ALLAH,SEMAKIN DIRI INI SEDAR YG HATI INI TIDAK KUAT..
Bila gembira, Allah uji jgk dgn kesedihan..Adakah Allah masih nak hati ini sedar bersederhana la dalam menghadapi kegembiraan yang sementara?huhu....
Sedihnyer....
Teringat lirik lagu UNIC- kumpulan nasyid yang sy sgt2 minat:
"ALLAH.. inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, Haruskah aku mengalah, namun hati kuberbisik, inilah dugaan. Dan mataku kini terbuka, pada hikmah dugaan, uji keimanan (menguji keimanan), Tak dilontarkannya ujian, di luar kekuatan, setiap diri insan. ALLAH.. pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini, cekalkan hati dan semangatku. Kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata, PadaMU ku meminta. Daku mohon agung kudratMU, Wahai Tuhan yang Satu, Segalanya dariMU.
Mungkin.....
Allah Memberi ujian dan Allah juga memberi kekuatan untuk menghadapinya tetapi kita akan dapat merasa/ terkesan dan lebih berterima kasih kepadaNYA setelah melepasi ujian itu kerana merasai bahawa dengan pertolongan Allahlah kita dapat menghadapi ujian darinya.
dAN JUGAK....HATI TERASA....
"Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma.. Itu jelaslah m'buktikan Allah mengasihimu setiap masa.. Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan.. Hanya yg terpilih sahaja dari berjuta mendapat rahmat-NYA..."
hAYATI CORETAN NI EK...
Penah tengok tak belitan2 benang kat belakang kain tu camne? Huduh kot. Berselirat. Berserabut. Kalau tengok dari bawah memang huduh! Huduh sungguh! Ada ustaz ni beranalogi. Katanya, ujian yang kita lihat tu samalah dengan apa yang ada di belakang kain sulaman tersebut. Nampak huduh. Itu pandangan kita.. Tapi, Allah dah susun semuanya cantik belaka. Allah dah aturkan semuanya comel belaka. Dan Allah datangkan apa yang kita nampak buruk itu sebagai hadiah. Hadiah tu akan kita nampak dengan hanya kita bersabar dan terusan mencari hikmahnya. Allah nampak dari pandangan atas. Allah yang susunkan corak2 cantik tu. Dari benang yang berselirat kat bawah tu, maka akan terjadilah satu corak yang sangat cantik.. Wait and see.. Be patient!
aLHAMdulilah dan Subhanallah...Kata2 yang indah tu penyejuk hati yang resah dan lemah,Segalanya keindahan itu milik Allah..Kuatkan HATI hambaMu..HamBA lemah ya Allah tetapi hamba kuat bila hamba mengingatiMU YA ALLAH..
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud: ''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).''
#Kasih Allah,syg Allah...#
...eND oF A DAy...
Friday, April 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment