Blogger Layouts

Sunday, April 15, 2012

UNTUK SAYA DAN KAMU...(",)


Lama tak update blog ni...huhu...
Sekarang mungkin hati sy tak setenang seperti sebelumnya
Banyak perkara yang sy terlalu fikirkan smpai nak tido malam pun amatla payah..
Kadang2 tengah2 tdo,tak henti2 sume perkara bermain2 dlm fikiran sy dan kadang2 sy tak rs pun sy tengah tdo..
Ya ALLAH...dhsyatnyer kan...?sgt2...siyes tak tipu la...huhuhuhu..
Banyak gler yg sy fkr..Hanya ALLAH yang mengerti hati ini..
Tapi saat2 ini sy asyik terfikir seolah2 sy rs sy sangat2 miskin dan papa di dunia ni..sy tak ade apa2 yang milik sy..Duit?rumah?kereta?suami?harta?kedudukan?...sume itu blm sy miliki..
Bukan sy tamak dan gilakan kemewahan dunia tapi seandainya itu ada sy ingin nak membahagiakan keluarga dan org di sekeliling sy dengan apa yang sy ada.sy boleh berkongsi dengan mereka dan membantu mereka jika sy sudah mampu...tapi kadang2 sy tak mampu nak tolong mereka disebabkan hal2 demikian..seolah2 terbatas..huhuhu...ntahla..mgkin sy silap kot dalam menilai..ampun YA ALLAH...

Secara jujurnya, sy pun manusia biasa ingin bahagia cm orang lain tapi sy tak mampu..betul2 tak mampu..kadang2 tanpa sy sedar,sy menangis dan menangis. Bukan sy nak menangis, tapi air mata ini tak henti2 mengalir tanpa sy mampu mengawalnya..
Lemahnyer hati sy...iye sy tahu lemahnya hati sy...
MUNGKIN SEBELUM NI SY SELALU DAPAT APA YG SY INGINKAN JADI SY BELUM TERBIASA TIDAK MEMPEROLEHI APA YANG SY INGINKAN...

Betul...sy selalu jd org penting dalam persatuan, kalau orang bermasalah, dieorg akan jumpa sy sebab dieorg percaya sy, sy dpt kawan2 yang sy sukai,sy dapat score apa saja yang sy nak..sy hampir tersungkur di tgh jln tapi sy masih mampu habiskan degree sy, sy sentiasa jd org yg boleh diharapkan dalam mana2 pekerjaan yg sy pernah ceburi wlupun sy pernah di tipu pasal duit tapi sy blh terima itu sebagai sedekah pada yg memerlukan dan tak susah ati pun pasal duit tu lnsg dan byk la lg...

Tapi pada ketika ini sy masih mengharapkan 6 perkara itu...sgt2 mengharap tapi sy masih belum mengecapinya...
Bila sy terfikir kan itu, sy akan mula memikirkan ALLAH,sy semakin mendekat padaNYA walaupun kadang2 sy masih tak mampu nak setabah dan sekuat manapun..sy menangis teresak2 lemah depanNYA.Apa jua tindakan sy, sy akan mengharapkan redha dan kasih sygNYA. kadang2 terdetik dalam hati sy, kenapa org yang selalu ingkar padaNYA selalu berjaya dpt apa yg dieorg nak..tp sy yg cuba membaiki diri dan sentiasa takut padaNYA dlm tindakan sy tapi sy tak dpt seperti yg dieorg dapat..huhuhuhu...Asgtarfirullah....ampunkan hambaMU ni..

Itula apa yg kdg2 sy terdetik.Tapi percaya la sy akn cuba buang sejauh2 nya perasaan tu agar sy akan lebih merasai keikhlasan sy pada nikmat dan kurniaan ALLAH....sy sedar syaitan tidak akan berhenti2 membisikan kata curiga terhadap ALLAH ke dalam fikiran dan hati sy..Sy sedar itu dan sy takkan biarkan sy terus hanyut dengan curiga.. Bg sy ALLAH la segala2nya..

Ketika sy terasa lemah begini, sy terjumpa kata2 ini dari blog sum1...mgkin sebagai pengubat hati sy. Dn bg sy setiap kata2 yang menyentuh hati sy ketika sy terasa sedih dan sy terjumapa kata2 itu di kala itu pasti sy merasai kata2 itu sebenarnya datang dari ALLAH..kata2 yg baik itu dtg dari ALLAH yang kadang2 hadir untuk memberi peringatan dan menyejuk hati hambaNYA yang kadang2 goyah...Subhanallah...Terima kasih ALLAH..pimpin la HATI INI SENTIASA...mohon ampun ya ALLAH...UJILA HATI INI SEDALAM2NYA TAPI PASTIKAN REDHA DAN KEKUATANMU SENTIASA BERSAMA DAKU YA RABB...TANPA RAHMAT DAN KASIH SYGMU PASTI DIRIKU TAK MAMPU YA ALLAH..

TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALANYA....

Dalam kehidupan, jangan kita mudah berputus asa.. InshALLAH ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.. sentiasalah berfikiran positif kerana ALLAH mendugamu bukan kerna DIA mahu menyusahkan dirimu tetapi DIA ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNYA.. 

"Aku BELAJAR menjadi insan REDHA, dalam mengharungi UJIAN yang TIBA..Aku CUBA jadi BAHAGIA, walau HATI sarat PENUH DUKA.. Kerana aku tahu DIA sentiasa DISISI dengan CINTANYA,bersama UJIAN yg sedang ku RASA,DIA sedang MENGAJAR aku dengan 1001 caraNYA.........(",)

“Kadangkala, ALLAH memang akan menguji kita hingga kita terasa seperti hendak jatuh ke dalam gaung. Semuanya untuk menguji kepercayaan kita kepadaNYA.

#KASIH ALAH, SYG ALLAH#