Blogger Layouts

Tuesday, September 15, 2009

Senyumlah wahai hati.....

Nikmatilah hari2mu dan detik2 dalam hidupmu wahai hati. Apa yang telah berlalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih dan masa depan jangan sampai membuatmu risau. Serahkanlah segala urusanmu kepada Allah. Tika nikmatNYA mendatangimu dulu wahai hati, kau raih dengan syukur. Bersabarlah pula dengan dugaan yang menyusul kerana tentu saja ada nikmat yang lebih besar menanti jika kau bersabar. Jangan wahai hati, jangan kau ragui bahawa kau sebenarnya sedang berbahagia selagi kau mentaatiNYA, menyembahNYA dan menuntut ilmu keranaNYA. Bersikaplah dengan baik. Syukuri dan redhalah… Ketika kau berbuat baik kepada orang lain, jadikanlah itu sebagai amalan yang ikhlas kerana Allah, semata-mata kerana mengharap redhaNYA. .

Senyumlah…

Senyumlah…

Senyumlah wahai hati…

Dakaplah rahmat Allah yang tersembunyi di sebalik semua ini dalam syukurmu, dalam pasrahmu, dalam redhamu…

No comments:

Post a Comment