Duhai rijal yang pernah gemilang
Dihati mawar itu
Pernah bermukim segala macam bentuk perasaan
Kasih, sayang dan cinta
Benci, khianat dan dusta
Hati ini
Teramatlah sukar untuk dimengerti
Perasaan datang silih berganti
Rasa kasih bertukar benci
Rasa benci bertukar sayang
Duhai rijal yang telah gemilang
Engkau telah terbitkan cinta Ilahi dihati mawar itu
Dari cintanya kepada seorang lelaki
Walau antara kau dan mawar itu tidak selalu berjumpa
Walau antara kau dan mawar itu tidak pernah bertegur sapa
Walau mawar itu hanya mengenalmu pada namamu
Tetapi...
Tanpa engkau sedari,
Engkau telah menyunting semangat dalam dirinya
Allah menghantar kamu kepadanya sebagai penyebab untuk segalanya
Engkau telah membuatkannya berazam untuk menjadi
Sekuntum mawar yang memiliki nilaian yang tinggi
Duhai rijal yang masih lagi gemilang Rasa yang beraja di hatinya saat ini Membuatkannya tegar untuk disakiti Kebal untuk terus dilukai
InsyaAllah akan dia akhiri penderitaan jiwa yang sepi
InsyaAllah akan dia akhiri kisah silamnya
Akan dia buka kuntuman baru dalam hidupnya
Akan dia bina hidup yang lebih bererti
Seringkali dia dihujani dengan persoalan hati ini
Persoalan yang dia sendiri tidak mahu jawab
Bukan kerana dia takut
Tapi kerana dia tidak mahu jawapanku membuatkan hatinya sendiri terus terluka.
Bila dilukai..masihkah kau rijal yang gemilang di hatinya ?
Bila disakiti..masihkah kau rijal yang terhebat dihatinya ? Masihkah..masihkah..masihkah..Engkau rijal yang terulung di hatinya ?
Duhai rijal yang gemilang
Engkau masih Rijal yang gemilang di hatinya
Engkau masih Rijal yang terhebat di hatinya
Engkau masih Rijal yang terpilih dari yang terpilih
Cuma Dia sendiri belum
Bisakah dia menjadi mawarmu pilihanmu di antara berjuta ?
Menjadi sekuntum mawar yang kembang mekar dalam jambangan hatimu ?
Atau dia hanya sekadar sekuntum mawar yang dipandang sepi dari bekas yang berdinding kaca
Duhai rijal yang gemilang
Maafkan mawar yang belum tentu yang terpilih itu
Kerana mawar itu masih lemah
Masih sedikit "syauqah" yang dimilikinya
"Ya Allah
Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkan daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu
Membimbingku ke jalan yang lurus,
membantuku dalam ibadahku dan menegur kekhilafanku.
Semoga dia dapat membantuku menjadi wanita yang sholehah.
Ya Allah,
Andai dia untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Sabarkanlah hambaMu ini,
Yang sentiasa ingin mendampinginya,
Bantulah hambaMu ini,
Mengatasi rasa rindu yang mencengkam diri.
Tetapi andai dia bukan tercipta untukku,
Andai milik bukan takdirnya
Bawa dia sesaujana mata
Biar luput kilauan permata
Tenangkanlah hati ini ya Allah,
Sesungguhnya hambaMu ini lemah,
Berilah aku kekuatan untuk pasrah dan redha di atas ketentuanMu".
Amin
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment