Sedih sungguh semalam dan tetap terasa kehilangannya pada hari ini. Tiap-tiap pagi dan petang, saya akan beri kucing saya makan...
Pagi tadi masa nak basuh ikan, air mata saya mengalir tak tertahan.selalunya bila saya sedang keluarkan ikan dalam peti ais, pasti dia ada di belakang saya menunggu saya bagi dia ikan.Kadang2 dia gigit kaki saya sebab nak bagithu saya dia dah lapar..suara dia sangat slow berbanding kucing saya yang lain..cara dia nak tunjuk dia lapar sangat berlainan berbanding dengan yang lain kerna dialah kucing yang paling pendiam, tak akan kacau orang masa makan, tak reti makan makanan yang masih ada pada tangan saya..(dgn ertikata lain takkan rampas makanan orang lain kalau orang tak bagi dia makan itu...dia memang kucing yang baik)
Saya rasai kehilangan "dia"..begitu juga dengan kecik (kucing yang lagi satu). Dia mengeow-geow di luar rumah seolah2 memanggil "dia". Saya pun turut dapat rasai kesedihan kecik mencarinya..pastu kecik duduk sambil merenung rumput seperti berfikir dan mencari sesuatu. Mungkin kecik pun rindu pada "dia" macam saya rindu pada "dia". Sekali lagi air mata saya mengalir bila melihat kecik..
Saya rindu sangat2 dengan kamu...Masih terbayang2 di mata saya tempat kamu selalu tido dan main...tempat yang kamu selalu lepak2 dan berehat.. Muka kamu sentiasa dimana2..tapi saya tak mampu nak sentuh bulu kamu yang tebal tu...Sungguh saya rindu kamu....huhhhhhu..
Ya ALLAH....saya tak kuat dan saya menangis lagi...lemahnya hati saya ini..
.
Moga ALLAH mengampuni segala salah silap saya semasa saya menjaga"dia".. Saya kadang2 terlambat nak bagi makan atau tiada masa nak bermain dengan "dia" serta kadang2 saya sangat suka mengusik kamu dengan muezza..(kamu sangat tak suka pada muezza)huhuhu...Tapi walaupunbegitu hanya ALLAH sahaja tahu betapa saya sangat sayang kamu...
Kehilangan kamu buat saya sedar betapa pentingnya saat2 saya bersama kamu...Dan dalam masa yang sama, saya mengakui takdir ALLAH bukan untuk disesali tapi perlu diterima dengan hati yang redha walaupun kehilangan kamu itu ibarat duri yang menusuk hati saya..Tapi saya cuba untuk tabah dan berusaha untuk tidak membiarkan kesedihan ini mengatasi rasa redha saya terhadap ketentuan ALLAH...
Saya redha....huhuhu..
Ya ALLAH, KUATKAN hati hambaMU ini...hilangkan rasa sedih yang melampaui batas dalam diri ku ini..
#kasih ALLAH, syg ALLAH#
.
Tuesday, September 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment