Dengan kasih syg dan rahmatnya, sy berharap agar semuanyer berjalan dengan lancar dalam minggu ni dan minggu2 yang seterusnya..
Terima kasih ALLAH kerna masih memberi peluang kepada sy untuk terus bernafas di muka bumi ini dan masih memberi peluang untuk sy memperbaiki diri untuk ke jalan yang lebih hakiki iaitu syurga yang jauh lebih abadi dan penuh nikmatnyer..
Bantu dan pimpinlah hati ini untuk terus istiqamah dalam mencari makna kehidupan yang lebih bermakna.Belajar memperbaiki kelemahan diri yang terlampau banyak ini dan ditambah pulak kurangnya aktiviti kerohanian seperti dahulu kala itu...huhuhu...(masa zaman belajar)...
Sekarang dah tak tahu nak cari aktiviti macam tu lagi di sini...terlalu banyak masa yg ada berbanding masa belajar dulu. Kadang2 masa nak belajar pun tak sempat.amik ujian tanpa ulangkaji tu memang dah selalu sangat la..TAPI masa kelas tu kena la fokus sebab dah tak byk masa dah dan cukup masa dengan aktiviti persatuan lagi, dengan assignment dan presentation group lagi...adoiyai..tapi syukurla masa belajar tu dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat lebih2 lagi bila melibatkan aktiviti keislaman..sangat2 membahagiakan..TERIMA KASIH YA ALLAH KERNA MEMBERI PELUANG DAN NIKMAT UKHUWAH SEBEGITU...SANGAT2 INDAH..BERPISAH DAN BERTEMU KERNA ALLAH..(",)
Dan sekarang.....sy masih menunggu dan menunggu tapi sy yakin ALLAH akan aturkan yang terbaik untuk saya bila2 masa yang terbaik untuk sy.Sy yakin tu sebab sy pasti ALLAH maha penyayang dan pengasih lagi maha mendengar...yg akan sy terus tunggu adalah hikmah dan petunjuk NYA dalam sy meneruskan langkah sy yang sy sendiri tak pasti terutamanya soal kerja..samaada sy cepat atau lambat dapat kerja tak penting tapi yang paling penting adalah hikmah yang sedang sy kutip sementara sy masih bernafas di muka bumi ini..
MOHON DIPERMUDAHKAN SEGALANYA DALAM APA JUA URUSAN DAKU YA ALLAH..
#kasih ALLAH, syg ALLAH#
No comments:
Post a Comment