Blogger Layouts

Thursday, August 25, 2011

cerita masa cuti part 2.....(",)

Part 2 kali ini pulak tentang ape yer?...hhehheheh

Bila dah lme ckit kat kampung,sy pun dh makin kenal org2 kat cni jgk.Seronok jugak sbb xrase asing dah..kurang la walaupun dulu masa kecik dok cni..mase kecik la..ade laa dlm 20 tahun yang lalu...hhehheheh

Kali ni nak cite pasal saf solat kat surau atau masjid.Kadang2 tu rasa geram jgk tapi bile fikir balik kesian kat makcik2 dah tua ni.nnt jadi tak hormat pulak.Bukan ape,kalau la bab nak solat berjemaah ni,ade jer la masalah pasal saf...kadang2 tu sampai putus saf.mane taknyer,ble masuk masjid nak pilih tempat ade kipas pastu taknak berganjak pulak ble kne luruskan dan rapatkan saf..Selalu nyer org2 yg lebih tua la yg buat gni.klu dah dok ctu,mmg xnak berganjak dah.
 
Sy sebenarnya fhm jgk sebabnyer golongan ni la yg selalu cepat penat dan letih nak gerak2...tapi camne la nanti saf kte yer makcik2...huhuhu...

Sy sempat jgk berjemaah subuh kat satu masjid ni yang menjemput imam dari mekah untuk mengimami kami dan sempat bagi tazkirah kat situ...seronok pulak rasanyer.rasa dah sampai kat mekah jer...(mudah2an sampai sana suatu hari nanti...aminn)..Imam tu baca qunut yang panjang.ape yang sy faham dalam qunut tu imam selitkan dengan doa.sangat syahdu....sampai sy boleh terdengar suara makmum menangis masa imam tu tengah baca qunut..Subhanallah..pengalaman yang indah jugak...(",)
 Tapi kat situ pun ade masalah yang same jgk...payah nak luruskan dan rapatkan saf...huhuhuhu...
Dibawah ni sy perolehi fakta2 tentang saf dalam blog sum1.....jom share....(",)

Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas RA, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf."  

(HR Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).
Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
 
Bukan setakat sunnah Nabi menyuruh kita merapatkan saff dalam solat, malah kajian saintifik juga membuktikan kepentingan dan kelebihan merapatkan bahu antara satu sama lain ketika solat.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.. 
Begitu indah hikmah di sebalik solat berjemaah itu telah ALLAH sediakan buat manusia..namun malang lah jika kita tidak mengikut tatacara berjemaah yang betul sehingga segala kebaikannya tidak diperolehi..Selain dari itu, perumpamaan saff yanga rapat dan lurus itu seperti kesatuan kita umat islam..bukan berpecah belah..namun itulah yang terjadi kini..nak merapatkan dan meluruskan saff dalam jemaah amatlah payah..semuanya sudah dipandang ringan oleh segelintir masyarakat..

Tengok penting kan...so?camne la nak buat semua org sedar dan memahami tentang ini..?

Mudah2an ALLAH permudahkan dan memberi petunjuk kepada golongan ini untuk memahami dan menyedarinya..selagi saya mampu sy akan selitkan peringatan  ni pada sahabat2 sy nanti...mohon dipermudahkan...(",)

Itu sajela untuk hari ini...daaa...(",)

#kasih ALLAH,syg ALLAH#

No comments:

Post a Comment